Saturday, August 17, 2013

Rasa Sayang. Eh?



Bismillah

| Hati aku untuk cinta. | Hati aku untuk cinta. | Hati aku untuk cinta. |




Selepas aku berjaya membahagiakanmu, biasanya kemudian aku akan bahagia.

Tapi terkadang, aku perlu cinta yang nyata.

Yang bukan hanya terbuai dengan katamu setinggi awan menggapai langit.

Tipu, ya. Aku bahagia begini. Tipu.

Jangan, jangan kau datang dekat. Bahaya.

Kau perlu tahu. Andai kau lagi dekat, aku takkan melepaskanmu.

Kerna aku tak mampu. Niat. Tak pernah. Untuk jatuh cinta.

Baik, tipu.

Ya, aku tak pernah berharap untuk jauh. Mungkin terjadi sebegitu sahaja.

Cinta pandang pertama? Lalu sakitkan aku bila mahunya? Itu yang aku lari daripadanya.

Mungkin, aku hanya takut patah hati?

Atau mungkin, kau hanya perlu meyakinkan aku untuk mencuba?

Mungkin, aku hanya tak mampu? Tak mampu denganmu? Tak mampu untukmu?

Aku ada hati.

Tipulah, tiap manusia itu tiada berhati.

Hati. Maksud aku, hati dalam jasad. Tertanam dalam antara belulang dada.

Tertanam antaranya jantung, perut, peparu dan organ lain. Sama pentingnya.

Tapi kenapa hati?

Hati aku untuk cinta. Hati aku untuk cinta. Hati aku untuk cinta.

Sengaja diulang. Jenaka hanya aku, dan beberapa. Siapa-siapa.

Lagi, kenapa hati?

Betapa sukar membuka bicara, malu yang tercanang. Kata siapa?

Tidak bagiku.Kerana cinta aku tahu aku mahu. Kerana cinta aku tahu aku rindu. Kerana cinta aku tahu aku mampu.

Itu aku lupa.

Hei, aku tak mencari sempurna. Aku tak mencari sempurna, jika itu kau rasa.

Aku tak mencari sempurna, jika itu yang kau fikir.

Aku takut kau sempurna. Aku takut aku sempurna.

Kerna sempurna kita, aku khuatir belum bisa menutup, melengkapi kelemahan yang lain, dengan sempurnanya.

“Tapi, tiada yang aku nampak padamu, aku benci.”

Kau akan. Benci.

Mula berimaginasi. Mula menganggapi. Mula menghakimi.

Mula berasa bosan, dan terperangkap.

Kerana sekarang, itu apa yang aku rasa. Percayalah, kau akan.

Jika dulu aku lihat separuh penuh. Kini aku lihat penuh.

Penuh kerna separuh yang dulunya kosong, aku nampak ruang.

Ruang kosong. Itu penuh.

Ah, kelirukan aku dengan kata-kataku sendiri. Kata-kata cintaku sendiri.

Masih mampu jatuh dengan riang? Aku mampu. Kerna aku mampu.

Dan kita akan masih tetap saling bertemu, bersapa dan jatuh cinta.

Percayalah. Ia tak semudah itu. Mungkin tidak bagi aku.

Sulit aku untuk jatuh cinta. Tapi padanya tiap kali aku jatuh cinta, aku akan jatuh dengan kesungguhan yang tak terbayangkan.

Jadi, jangan permainkan aku.

Dan aku menulis ini, tika semalam masih lagi mencintaimu.

Aku? Jangan risau. Masih. Kerna semalam itu bukan aku.

Aku menemanimu, sahabat. Aku tahu, Dia menjagamu untukku.




Assalamu'alaikum wbt.


Minum teh Inggeris, dengan set cawan rekaan Inggeris, sambil tengok drama bahasa Inggeris.

Sunday, August 4, 2013

Hati Pra-Rasa



Bismillah

| bahawa Aku adalah dekat. | Menangis lagi. |




Rungutku dalam tangis, "Allah tak adil."

Dia menjawab, "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." (al-Baqarah, 286)

Tapi, aku persoalkan lagi, "di mana Dia bila aku perlukan-Nya?"

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah: 186)

"Masih, tak sayangkah Dia pada aku? Tak cukupkah lagi?" Lagi aku bertanya.

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (al-Naml, 72)

"Tapi..."

Dia menjawab lagi, "..... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." (al-Baqarah, 216)

Khali.


Menangis lagi.




Assalamu'alaikum wbt.


Cuti tak produktif, menambah berat badan. Itu wajib!

Wednesday, July 24, 2013

Kerana Aku Hamba Yang Maksiat (repost)



Bismillah

| Aku hanya mahu kamu. | Kabulkanlah. |




Kedua belah tanganku yang penuh dosa kudatangi jua Dikau.

Dengan hati kelabu yang kurasakan tulus hanya mencintai-Mu.

Aku melihat Kau semakin dekat.

Dan dekat.

Tetapi mengaburkan.

Aku melihat Kau di dalam malamku, didalam khalwatku.

Itulah hiburan yang mengasyikkan.

Aku mendengar alam semesta bertasbih.

Itulah zikir yang paling manis.

Aku melihat Kau dengan rohku, bukan jasadku.

Dengan roh yang berkelana di petala langit-Mu.

Dengan desakan kerinduan pada-Mu.

Padukanlah aku untuk bertemu dengan-Mu.

Aku hanya mahu Kamu.

Kabulkanlah.




Assalamu'alaikum wbt.


'Alhamdulillah'; Frasa pendek, dalamnya pengertian.

Saturday, July 20, 2013

Kisah Sempurna Aku



Bismillah

| Ramadan ini, izinkan aku menciummu. |




Jaga hati. Buat aku rasa aku ada walau tak berhak.

Akui. Biar aku sedar aku masih jiwa.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”

Takut kerana benar.

Ya, takut kerana benar.

Aku takut kerana ia benar.

Komen, “hipotesis mungkin perlu disemak semula.”

Tak. Tak perlu. Aku tahu dengan pasti. Sebab ini aku.

Biar aku putuskan. Sebab ini aku.

Hidup aku. Sebab aku bukan pengemis di jalanan; mengharap kurnia Tuhan, menunggu ihsan orang.

Itu kata kau. Aku pegang. Aku cuba pegang.

Hakimi orang sebaiknya. Sebaik-baiknya.

Dulu pernah berkata pada semesta, “Tuan, aku wujud.” “Tetapi bukan kewajipan bagiku untuk menurut,” balas semesta.

Tahniah! Situasinya tak banyak yang berdiri benar sebagai satu, dan tiada yang lebih masuk akal dari satu. Yang ini.

Yang ini.

“Kita bukan bimbang kerana tak cukup, tapi kita bimbang kita lebih hebat dari yang disangka.”

Sebab aku diajar tak layak, tak mampu, tak perlu, tak sesuai, tak patut.

Walau aku melawan. Masih. Sudah menjadi rutin.

Hanya untuk aku. Lain jalan ceritanya.

Napoleon Hill, “Jalan terbaik menghukum orang yang berlaku tidak adil kepada anda adalah dengan berbuat baik kepadanya.”

Mata berkaca.

Senyum.

“Walau orang yang paling anda sayang. Walau orang yang paling anda benci.”

Mencuba untuk tak berkecai.

Sebab aku takut.

Aku takut kerana ia benar.

Ramadan ini, izinkan aku menciummu.

Jika aku masih ada. InshaaAllah.




Assalamu'alaikum wbt.


Jatuh hati pada budak perempuan comel berbaju kurung kapas kuning.

Friday, June 28, 2013

Kisah Doa Aku



Bismillah

| Ya Allah, Kau berikan yang terbaik untukku | Ya Allah, Kau redhakan yang terbaik untukku |




Kadang-kadang aku rasa aku terlalu banyak meminta, memohon, mengharap, menagih dari Dia. Sujud aku semua berhajat. Sujud aku semua bersyarat. Agar Dia kabulkan segala. Itu mahuku. Itu inginku.

Tidak pada satu tahap, aku sudah lelah. Aku sudah letih untuk meminta-minta lagi. Tiba masa aku berhenti.

Bukan mengagung diri. Tapi aku malu, malu akan diriku yang maksiat.

Aku masih ada Dia dalam hati. Dia yang membuatkan aku untuk wujudkan Dia dalam hati.

(Aku rasa penafian diatas perlu. Takut nanti ada kata aku kufur.)

Doa aku sekarang bukan lagi untuk berjaya, bukan lagi untuk gembira, bukan lagi untuk sempurna.

Malu akan diriku yang hanya menerima tidak memberi. Malu akan diriku yang tak tahu malu.

Doa aku mudah. Doa aku ringkas. Doa aku pendek.

‘Ya Allah, Kau berikan yang terbaik untukku.’

‘Ya Allah, Kau redhakan yang terbaik untukku.’

Bukan malas, tapi aku rasa itu aku sebagai hamba. Terlalu meminta, aku rasa selesa kerana caranya mudah.

Itu bukan cara hamba.

Aku ibarat dedaun semalu tersentuh. Mudahnya tertutup. Tersalah raba, terguris. Lemah, tapi utuh memegang erat pada bumi, tetap pada daunnya.


Tak mengapa, jangan risau. Semalu, biar kembang semula.




Assalamu'alaikum wbt.


Meneliti jiwa-jiwa mereka untuk dilabel dan disimpan rapi.

Friday, May 31, 2013

Kisah Pelangi Itu



Bismillah

| Kerna pelangi terindah adalah tika kau temani aku masa kita bosan duduk termangu. |




Angin.

Atau bayu?

Ah, kisahkan.

“Pelangi itu satu, dari putih. Dan sedikit hitam. Bersatu warna kerana harmoni, bukan cantiknya warna asing.”

Panggil dia gila.

Panggil dia gila kerana satu kegilaan yang hanya gila dimata orang.

Gila!

Panggil dia gila kerana satu rasa yang hanya bisa dia yang rasa.

Lagi, gila!

Kegilaan yang buatkan dia lebih cinta pada hidup sendiri.

“Aku suka bila aku warnakan pelangi. Lagi. Diulang. Walau tak pudar. Walau semakin tak sempat aku mengingatmu.”

Banyak benar yang padaku salah.

Dan banyak salah yang padaku benar.

Dan banyak bibir mengukir keatas.

Dan banyak bibir melentur kebawah.

Itu hidup. Asal kita mahu.

“Satu hari nanti kita akan mampu melangkah sepanjang pelangi. Aku janji. Biarkan kita berjalan dengan kaki-kaki kita, walaupun langkah kecil. Biarkan kita usaha.”

Mungkin selama jalan itu diekor mata tanpa lelah.

Mungkin bukan selamanya.

Mungkin.

Bila terkedu, dia bersuara, dia melawan, dia.

Ya, dia.

Bernafas dengan paru lebih.

Ya, paru lebih. Masih jua menyeksakan.

Terlalu banyak disedut, terlalu banyak dihembus.

Terlalu keras mengepam seluruh tubuh.

Mohon bersendiri.

(Privasi katanya.)

Aku faham.

Tak, aku rasa aku faham.

Ya, aku rasa aku faham.

‘Kerna pelangi terindah adalah tika kau temani aku masa kita bosan duduk termangu. Ya. Pelangi itu. Sempurna. Pelangi paling cantik bagi aku.’

Senyum yang seperti takkan pernah habis.

Dan semakin rindukan saat kembali pulang.

Walau pelangi itu, tiada pada kita.



Assalamu'alaikum wbt.


Filem KIL macam gempak. Jom!

Monday, May 27, 2013

Dengan Sederhana



Bismillah

| Aku ingin mencintainya. | Aku ingin mencintainya dengan sederhana. |




Aku ingin mencintainya.

Aku ingin mencintainya dengan sederhana.

Ya, dengan sederhana.

Seperti kata kayu kepada api.

Yang perlahan-lahan membakar.

Biar marak kekal sementara.

Sederhana.

Aku ingin mencintainya dengan sederhana.

Hingga aku menjadi abu.

Biar terbang hilang sementara.

Perlahan-lahan.

Dengan sederhana.

Pergilah.

Tinggi mana kau mampu terbang.

Pergilah.

Biarkan aku mencintainya.

Mencintainya dengan sederhana.



Assalamu'alaikum wbt.


Buku terjemahan, nak baca memang penat!

Wednesday, May 22, 2013

Tak Lebih Tiga



Bismillah

| Tak lebih tiga. | Ya, tiga. | Ah, persetan. |



Buka mata.

Lihat keliling.

(atau

lihat lebih jauh

dari keliling.)

Selesa hingga alpa.

Sempurna hingga lupa.

Diri tak seberapa.

Kelakar.

Kelakar.

Kelakar.

Pandang sisi lain.

Masih sama.

Ubah diri.

Masih sama.

Masih tak nampak.

Orang cakap.

Orang yang cakap.

Kematangan boleh dipersoal.

Orang yang cakap.

Biarkan pecah.

Lelah.

Biarlah.

Tak pernah cukup.

Tak pernah lengkap.

Berjalan dalam dimensi.

Spektrum cahaya lain.

Katanya lah!

Prisma warna lain.

Lagi, katanya lah!

Masih berhukum sama.

.

.

.

Noktah.

Rasa cukup.

Tak.

Susah.

Tak.

Sukar.

Tak.

Masih tersangkut.

Kerna tak mampu.

Tak.

Noktah. Lagi.

Tak.

Tak lebih tiga.

Ya, tiga.

Ah, persetan.

Dengar aku pula.

Tak lebih tiga.

Dengar aku pula.

Okay?



Assalamu'alaikum wbt.


Cikgu itu seronok!

Friday, May 3, 2013

Pergi. Peluk Aku. Lagi.


Bismillah

| Pergi. | Peluk aku.| Lagi |


Pergi.

Pergi. Peluk aku.

Pergi. Peluk aku. Lagi.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku resah.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku hilang.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku sukar.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku marah.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku percaya.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku terpaksa.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku tak percaya.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila semua baik-baik saja.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku mula percaya.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku menangis.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku tersandar.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku perlukan.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku tak kuat.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku rasa.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku tahu.

Pergi. Peluk aku. Lagi. Bila aku lelah.

Pergi. Peluk aku. Lagi.

Pergi. Peluk aku.

Pergi.



Assalamu'alaikum wbt.


Iron Man 3 wajib tengok.

Tuesday, April 30, 2013

Dalam Terang


Bismillah…

|Pertama kali salah. | Tak, pertama kali sedar salah. |



Kelakar.

Aku yang tak pernah memilih jalan itu.

Lalu aku iri pada keduanya.

Pada keduanya yang aku tak pernah cuba.

Kelakar.

Sebab rasa itu hanya aku yang rasa.

Walau aku simpan, barah, bekas.

Hanya aku yang rasa.

Iri?

Ya.

Perasaan yang ditanam, dibaja, disiram, dijaga rapi.

Tak.

Aku cuma biarkan.

Cuma biarkan.

Tumbuh bagai lalang, rimbun tanpa siram, segar tanpa baja, ranum tanpa jaga.

Kejam!

Tak.

Cuma biarkan.

Biarkan.

Sembunyi rasa itu, pendam sendiri.

Tipikal.

Ruang tambah besar, kerna makin kurang.

Pertama kali salah.

Tak, pertama kali sedar salah.

Kau yakin?

Kau pasti?

Tak, aku tak rela.

Tak, aku tak mampu.

Biarkan.

Biarkan.

Biarkan.

Tak, aku tipu.



Maaf, sengaja dibiar tergantung.




Assalamu’alaikum wbt.




Sesetengah buku, nak baca bukan cara konvesional, kalau faham lah!

Friday, April 19, 2013

Jumaat



Bismillah

| kepada siapa lagi aku harus memohon yang kemudian memberi aku? |
| kepada siapa lagi aku harus berdoa yang kemudian memperkenankan doaku? |
| kepada siapa lagi aku harus merendahkan diri yang kemudian menyayangi aku? |



Jumaat.

Seperti selalu.

Berbaju Melayu lengkap. Bersampin songket tenun bersulam emas. Bersongkok baldu hitam.

Terserlah.

Senyum terukir bibir merah. Masih anggun walau tidak berlesung pipit.

Tak sepertinya sama dengan yang lain.

Sepasang mata menawan. Hidung cantik terletak.

Galak ligat mencari.

Berkulit cerah merah. Bersih bercukur.

Janggut sejemput sunnah. Dirapi kemas.

Manis berkaca mata.

Ungu itu. Bergerak sesusuk memanjat anak tangga.

Satu. Dengan sopan.

Dua. Dengan adab.

Tiga. Dengan tertib.

Menitis air sembahyang dari muka. Membentuk tompok di poket sebelah kanan.

Lalu lepas. Attar menusuk tiap hidu. Mudah pilihannya.

Usai solat sunat, langsung duduk menunggu masa.

Duduknya bukan diam. Duduknya penuh zikir. Duduknya penuh puji Yang Esa.

Serlah dari yang lain. Kerna pakainya pada Jumaat, adalah pakainya sunnah nabi.

Berhias untuk Dia. Berhias kerna Dia. Berhias bertemu Dia.

Azan dilaung.

Khutbah yang satu.

‘Pujian untuk Dia.’

‘Berkatilah Baginda.’

‘Bertaqwalah pada Dia!’

Doa.

*Kita tak bisa menerka isi doa, kerana terlalu personal untuknya.*

Khutbah yang dua.

Memberi pesan, patuh pada Yang Satu.

Lalu didoa pada saudara lain.

Berdiri bertemu Dia, saf hadapan, rapat belakang imam.

Tiap takbir, ruku', sujud dan duduk adalah ikrar.

Tiap ucap, gerak, niat adalah janji.

Harmoni.

Lantas bangkit mencari ruang sedikit usai salam.

Niatnya, solat sunat.

Sujud terakhir, abdi diri pada Dia.

Mohon hajat, mohon sungguh-sungguh.

Berdoa seluruh hati, seluruh jiwa.

Jasad berpadu roh menyerah pada Dia.

Moga dipermudah jalan.

‘Wahai Pemegang Hati, wahai Penilai Hati, wahai Pemilik Hati.’

‘Ilahi, Bagaimana aku berdoa kepada-Mu sementara aku adalah aku, bagaimana aku putus asa dari-Mu sementara Engkau adalah Engkau.’

‘Ilahi, jika aku tidak memohon kepada-Mu yang kemudian memberi aku, kepada siapa lagi aku harus memohon yang kemudian memberi aku?’

‘Ilahi, jika aku tidak berdoa kepada-Mu yang kemudian mengijabah doaku, kepada siapa lagi aku harus berdoa yang kemudian memperkenankan doaku?’

‘Ilahi, jika aku tidak merendahkan diri kepada-Mu yang kemudian menyayangi aku, kepada siapa lagi aku harus merendahkan diri yang kemudian menyayangi aku?’

‘Ilahi, sebagaimana Engkau telah membelah lautan untuk Musa dan Kau selamatkan ia, aku memohon kepada-Mu selawatkan kepada Muhammad dan keluarga, selamatkan aku dari apa yang aku takutkan, dan bahagiakan aku dengan kebahagiaan yang segera dan tidak tertunda-tunda dengan kurnia dan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.’



doa hujung diolah dari sini.



Assalamu'alaikum wbt.



Percubaan pertama. Sajak imejan, tema Islami.

Wednesday, March 27, 2013

Lebih Kurang Lebih


Bismillah

| Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran. |
| Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada. |




Berminggu terbengkalai.

Rasa macam bersemangat, tapi bila semester bermula, mula liat.

Sabar.

Ini hanya isi masa senggang. Bukan komitmen.

Komitmen itu amanah.

Amanah itu akan disoal nanti. Bagi kita, amanah kita. Bagi dia, amanah dia.

Tapi tetap, berpegang padanya akan selamat. Inshaa-Allah.

Berpegang, maksudnya menjalankan hak amanah itu.

Banyak perkara perlu dibicara, aku perlu mampu menyaring satu-satu agar cerita tak tersimpang.

Ya.

Supaya aku tahu aku masih betul.

Supaya tidak menjadi dusta.

Supaya tidak menjadi fitnah.

Supaya tidak menjadi hasad.

Dan, tentang hasad.

Mungkin.

Aku mencuba untuk tidak. Itupun kalau kalian tahu kenapa.

Kerana sifatnya hati itu berbolak-balik, pentafsiran bergantung.

Tidak.

Aku mencuba untuk tidak membenci nikmat pada saudaraku.

Aku mencuba untuk tidak membenci bertambah nikmat dari saudaraku.

Aku mencuba untuk tidak membenci kerana nikmat ada pada saudaraku.

Aku mencuba.

Aku akan terus mencuba.

Tapi aku suka jika dapat dikongsi.

Cemburu, barangkali.

Ya, aku manusia. Punya rasa tak pernah cukup.

Tipulah kalian tak sama.

Atau kalian mungkin insan istimewa, sempurna. Makanya tak rasa semua.

Ghibtah.

Aku suka kebaikan itu padanya.

Aku suka kebaikan itu kekal padanya.

Tapi aku mahu juga kebaikan itu, tanpa dia berkurang sedikit pun.

Aku mahu sama.

Bukan tamak, hanya mahu rasa sedikit lebih bahagia.

Ya, mungkin dia berperasaan sama.

Kerana jalan hidup aku dan dia berbeza.

Mungkin dia mahu rasa jika berada di tempatku.

Atau jika nikmat aku sama dia merasa.

Biasa.

Manusia tak pernah puas.

Aku mahu dekat dengan Dia, seperti aku lihat dia dekat dengan Dia.

Disebaliknya.

Mungkin dia mahu dekat dengan Dia, seperti aku dekat dengan Dia.

Barangkali mungkin.

Cara aku dan cara dia berbeza.

Aku tak mungkin boleh tahu.

Itu rahsia Dia.

Sebab aku manusia biasa, mudah alpa menilai diri sendiri.

Kerap kali terlupa.

Melihat pantulan diri dalam yang lain, makanya sering rasa kurang.

Ya, mungkin perlu sedikit adil pada diri sendiri.

Perlu.

Dan perlu berserah.

Perlu.

‘Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran.’ [a;-‘Asr; 3]

‘Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada.’ [al-Baqarah; 148]

Sebab terkadang kita terlupa, perlu diperingat sentiasa.

Perlu.

Sebab tak sentiasa lebih baik dari lain.

dan sebaliknya.


Assalamu'alaikum wbt.



Aku faham Iqra' itu mahal. Bukan tanda niaga, tapi tanda minda.

Friday, March 1, 2013

Nota Paranoid


Bismillah…

| Apabila hati berkata lain, itu yang sebetulnya. | Apabila nafsu berkata lain, itu yang sebetulnya. |



Terdengar sesuatu yang baru.

Betapa berbezanya kita.

Aku percaya.

Percaya apa yang dikata.

Tolong.

Tolong baca sampai habis, baru nilai.

‘Betapa kuat kita menafikan perbezaan, kita tahu, kita memang berbeza. Apabila hati berkata lain, itu yang sebetulnya. Apabila nafsu berkata lain, itu yang sebetulnya.’

Bingung.

Faham?

‘Apabila hati berkata yang lain, ‘yang lain’ itu yang betul. Apabila nafsu berkata yang lain, kita sedang betul.’

Masih tak faham?

‘Ikut kata hati, inshaa-Allah akan selamat. Nafi kata nafsu, inshaa-Allah selamat.’

Masih tak faham?

Ah, biarkanlah. Tak penting.

Ini boleh berubah.

Ada dua versi. Satu yang berlaku sekarang, satu yang terbentuk di masa depan.

Di masa depan.

Mungkin ketika kita lagi sedang mandi.

Atau sedang mengadun tepung buat kuih untuk minum petang.

Atau ketika ritual sebelum tidur.

Versi yang kedua, aku lebih suka.

Sebab itu cara aku.

Menilainya lambat, kerana aku berfikirnya pun lambat.

Mencuba mencari logik pada tiap sesuatu.

Ya, hakimi aku, tapi ingat. Ini cara aku.

Jadi kalau aku berkeputusan terlalu awal, selalunya aku berakhir dengan penyesalan.

Ya, terkadang terlalu lambat sehingga berhari-hari.

Mungkin juga berminggu-minggu.

Menilai mencair memecah memerah membuka.

Menyusun satu-satu cerita bak susun suai gambar.

Baru aku faham.

Atau ada ketikanya, ia enggan datang.

Walaupun seakan faham, masih teraba aku dalam kelam.

Huh.

Ya, aku mengeluh.

Kerna kau mungkin faham dari detik pertama.

Betapa berbezanya kita.

Ada ketika aku faham lain dari kalian.

Ya, kita kan berbeza.

Sebab kalian boleh saja kata sebarang, asal jangan aku tahu. Takut aku tersakiti.

Ya, bukan kata sahaja. Riak muka itu pun sama.

Mungkin bunyinya penting diri.

Tak, ini takut namanya.

Aku takut aku tak kuat.

Tolong aku ya kawan?

Bila aku tak faham, atau aku belum faham, atau aku tak mahu faham.

Tolong faham.

Aku tak seperti kalian.

Malah kalian tak seperti satu sama lain.

Ya, kita berbeza.

Bukan hanya aku dan kalian, tapi kita semua.

Mungkin beratnya sama, tapi rasa berat itu tak sama.

Berapa lama ditanggung, pun tidak sama.

Berapa kuat menanggung, pun tak sama.

Mungkin bagi kalian, itu sesuatu yang mudah. Mungkin tidak bagi aku.

Begitu juga sebaliknya.

Rasa nak lepaskan? Silakan!

Tak, aku tak marah. Cuma penting diri, sedikit.

Baik, mungkin banyak.

Terpulang!

Tapi aku tahu, betapa kita meraikan kesamaan, kita tetap berbeza. Jangan cuba nafikan.

Terkadang aku pejam mata juga pada hakikat ini.

Aku cuba sama seperti kalian.

Berbohong? Tipu diri sendiri? Tidak jujur?

Ini kebiasaan masyarakat. Bukan hanya Melayu, bukan hanya Malaysia.

Maaf.

Menafikan apa kita percaya, untuk dipercayai. Sesetengah daripadanya sahaja lah!

Jadi aku ikut kata hati, inshaa-Allah selamat.

Susah bila tonton filem yang sama, tetapi pendapat berbeza. Fahamnya berbeza.

Habis kalian ingat aku bercerita pasal apa? Aku berkisah aku yang tak faham signifikannya!

Jadi lepas ni beri aku masa andai aku tak faham apa yang kita tonton ya.


Assalamu’alaikum wbt.




Susu kocak dibuat sendiri itu lebih enak jika ditambah kasih sayang. Auwwww~ Manisnya!

Tuesday, February 26, 2013

Ingatkan Aku


Bismillah…

| Manusia, mengeluhnya bukan kerana tak sempurna, tapi kerana terlalu selesa. |
| Terlalu selesa hingga tak bisa kurang walau secubit. |
| Bila semua bicara yang sama, bodohlah yang tidak mendengar. |



Cerita tanpa konsep.

Aku rasa, itu adalah keistimewaan seorang penulis. Ya, semua mampu jadi penulis apa!

Mungkin tanpa konsep itu agak kurang tepat.

Tanpa kewajipan, mungkin lebih sesuai.

Atau mungkin itu pun kurang tepat.

Bagaimana dengan mereka yang bergantung padanya?

Mungkin tidak bagi aku.

Mungkinlah!

Tapi aku pun rasa wajib.

Wajib bagi aku menulis. Wajib bagi aku menasihat. Wajib bagi aku menegur.

Ya, wajib lah!

Walau tanpa konsep.

Rasa perlu untuk menjenguk dalam hidup orang.

Membetul mana biasa. Membiasa mana betul.

Oh, ini entri sarkastik, kalau kalian faham.

Sebuah entri satira.

Bukan hanya pada kalian, juga pada aku.

Tak faham?

Okay, aku jelaskan.

Untuk mereka yang sibuk bercakap pasal lain.

Apa kata ambil masa.

Sibuk bercakap pasal sendiri dulu.

Cakap pasal diri itu bukan diskriminasi.

Prejudis, sikit.

Narsisis, mungkin.

Atau berat sebelah. Kisahkan!

Sebab terkadang kita terlupa.

Kita lebih penting dari yang lain.

Aku bercakap cara mudah.

Mudah kan?

Ah, manusia.

Mengeluh.

Itu tabiat manusia.

Dan ini pendapat aku.

Manusia, mengeluhnya bukan kerana tak sempurna, tapi kerana terlalu selesa. Selesa dengan hidupnya, selesa dengan duduknya, selesa dengan sebutnya. Terlalu selesa hingga tak bisa kurang walau secubit.

Manja diri.

Termasuk aku.

Dan bila terasa berat beban terlebih pikul, tika itulah mula terdengar segala macam sumpah seranah maki hamun caci cerca.

Hah, terlalu mudah aku merumuskan secara umum.

Lihat! Kau mengeluh. Mengeluh sambil mungkin berkata, ‘Mudah dia berkata demikian. Lagipun, bukan fizikalnya yang berkata. Beranilah dia disini.’

Ya, aku adalah manifestasi segala yang aku katakan. Tak perlu aku mencari contoh lain. Diri aku ada.

Tapi kalau kau terasa, silakan. Aku merujuk segala dari aku, terpulang pada kalian untuk berkongsi rasa.

Bila semua bicara yang sama, bodohlah yang tidak mendengar.

Terkadang kita terlupa itu.


Assalamu’alaikum.



Layan UFM sambil mesyuarat. Eh, bukan aku, tapi mereka! Aku, layan internet je.

Saturday, February 23, 2013

Orang Asing


Bismillah…

| Kau faham Bahasa Melayu? | Tak. | Jadinya mana mungkin kau faham kitab itu, kan? |
| Aku baca yang bertulis Arab. | Tapi itu tanpa penerangan. |
| Tak apa. Sekurangnya aku masih faham sedikit apa yang dibaca. |



Ketika aku sedang berdiri di antara rak setinggi bahu sambil membelek naskhah di kutubkhanah sebuah masjid, aku didatangi seorang pemuda berkumis nipis.

Sweater bertulis *tak ingat* Foundation warna putih, seluar Denim.

Tinggi: 180cm+; Berat 60kg+; Kurus tak terlalu cengkung; Raut iras Fatih Seferagic.

Okay, itu anggaran aku sahaja.

Siapa Fatih Seferagic?

Google.

Apa yang pasti, dia tua dari aku.

Dia perhati aku.

Dia dekati aku.

Dia pegang bahu aku.

Dia tegur aku.

Ah, dramatik!

Ini sebenarnya.

Dia masuk ke pustaka, membelek mencari.

Aku terus ke meja dan teruskan pembacaan.

Dia datang, dan duduk menghadap. Bersama buku ‘Just Say Yes’ dan beberapa yang lain.

Aku senyum.

Dia senyum.

Dahinya berkerut.

Aku yang hairan.

‘Boleh aku tengok buku itu?’ tanya dia.

Aku tunjuk buku yang aku pegang, ‘Ini?’

‘Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab.’

Hairan.

Aku tengok buku ditangan. Pastikan betul Bahasa Melayu.

Dia faham?

Mungkin hanya anggapan awal, tapi… Serius dia faham?

Oh, lupa cakap. Sebenarnya perbualan kami dalam Bahasa Inggeris.

‘Tak, bukan. Yang ini,’ sambil tangan kanan mengunjuk Kitab Ihya' Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.

‘Ini, ambillah.’

Aku tolak perlahan kearahnya.

Masih aku hairan kerana kitab itu juga terjemah Melayu.

Diselak kitab itu.

Seminit.

Diselak lagi.

Lima minit.

Aku kena tanya!

‘Kau faham Bahasa Melayu?’

‘Tak.’

‘Jadinya mana mungkin kau faham kitab itu, kan?’

‘Aku baca yang bertulis Arab.’

Mungkin dia faham Bahasa Arab.

Bersangka baik.

Tapi, sedikit sahaja yang bertulisan bersimpul, selainnya huruf roman.

Masih tak puas hati.

‘Tapi itu tanpa penerangan.’

‘Tak apa. Sekurangnya aku masih faham sedikit apa yang dibaca.’

Masih belum puas, tapi aku biarkan sahaja. Malas pula mahu memula bahas.

Ah, aku tak tahan.

Bangun. Bergerak ke rak belakang.

Mencari.

Terjumpa.

‘Revival of Religious Sciences. Abridged Version.’

Letak sebelah dia.

‘Mungkin lagi senang kalau kita faham semua apa yang dibaca.’

Duduk.

‘Nama aku Zulhelmy. Panggil aku ‘Ku’ sahaja’

‘Oh. Aku Muradi. Panggil aku Muradi sahaja.’

Sentap.

Senyum.

Sunyi.

Seminit.

Lima minit.

‘Kau tahu, kitab ini antara kitab kupasan teologi yang terbaik pada zamannya. Dia berjaya menyatukan pendapat ortodoks dan sufi yang tidak pernah setuju antara sama lain.’

Terus aku tutup buku yang aku sedang baca. Memandang dia.

Dia lalu menyambung.

‘Aku percaya ia punya pengaruh besar dalam dunia Islam. Ya, walau sufi itu sesetengah kita menganggap sebagai terseleweng, dan ortodoks itu terlampau menekan, tapi dia berhasil murnikan keduanya, seimbang dengan keperluan dunia dan akhirat.’

Sunyi.

Dahi berkerut. Seakan menunggu balasan dari aku.

‘Ya, aku percaya semua bahan yang baik, terpelihara maksudnya untuk jelas pada tiap zaman. Tidak luput. Tapi maaf, aku tak berani bicara panjang kerana aku belum khatam kitabnya.’

‘Dan aku belum cukup kenal dia.’

Perlahan saja tuturku.

Malu.

‘Apa nak dimalukan. Al-Quran yang sudah lebih empat belas abad masih belum terungkai, inikan pula kitab bicara mengenai sebahagian kecil darinya.’

Bertambah malu aku.

‘Ambil masa, muda itu tak lama.’

Bertambah-tambah malu!

Banyak yang kami bualkan.

Dia tinggal di Ireland. Lahir di Itali. Asal di Republik Czech.

Atau mungkin tinggal di Ireland. Lahir di Republik Czech. Asal di Itali.

*Ini aku tak berapa pasti, tapi antaranya tiga negara tersebut, aku pasti.*

Bersama bapa saudara dari Australia, dan melawat seorang lagi bapa saudara di UIA.

Dua minggu. Ambil masa kembara katanya.

Banyak yang dia tahu.

Banyak yang aku tak tahu.

Dan ya, dia berusia dari aku. Enam tahun.

Dia bangun.

‘Pesanku, bergurulah untuk kitab ini. Kau takkan faham jika hanya membacanya sendiri. Ya, mungkin huraian tiap bahagian itu menarik, tapi interpretasi ilmiah penuh falsafah tidak hanya perlu dilihat segi logik dan akademik sahaja. Orang muda, kita mudah terpedaya dengan dunia. Ia yang benar, ia juga yang dusta.’

Tarik nafas.

‘Pesanku, bergurulah untuk kitab ini.’

Terharu.

Hampir menangis.

Tahan. Bajet macho.

Dia tersenyum.

Kami berjabat.

Kami berpelukan.

‘Sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu, saudaraku.’

Tersenyum, lalu beredar.

Selepas dia hilang dari pandangan, aku terfikir.

Kenapa dia ambil kitab dari bahasa yang tidak difahaminya, sedangkan ada sahaja dari bahasa Arab dan Inggeris di rak.

Mungkin dia hanya mahu berbual.

Bersangka baik.

al-Hujurat, 49:12.

Dan bibirnya tak pernah lekang senyum.

Aku yakin sesuatu.

Harus mula berguru.


Assalamu’alaikum wbt.




Naskhah akhbar percuma di tapak Pasar Malam Putrajaya. Walau rasa bermotif politik, biarlah.