Bismillah
| bahawa Aku adalah dekat. | Menangis lagi. |
Rungutku dalam tangis, "Allah tak adil."
Dia menjawab, "Allah tidak memberi kesusahan seseorang
hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." (al-Baqarah, 286)
Tapi, aku persoalkan lagi, "di mana Dia bila aku
perlukan-Nya?"
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah: 186)
"Masih, tak sayangkah Dia pada aku? Tak cukupkah
lagi?" Lagi aku bertanya.
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang
menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta
menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai
bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di
antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (al-Naml, 72)
"Tapi..."
Dia menjawab lagi, "..... dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada
sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." (al-Baqarah, 216)
Khali.
Menangis lagi.
Assalamu'alaikum wbt.
Cuti tak produktif, menambah berat badan. Itu wajib!
No comments:
Post a Comment