Tuesday, January 21, 2014

Percaya



Bismillah

| Membaca bukan memahami. | Memahami bukan mufasir. | Mufasir bukan mengamal. |
Mengamal bukan menyoal. |




Buka 2014.

Aku bercerita mengenai Illuminati.

Bagi aku, Illuminati bukanlah sebuah pergerakan radikal.

Bukanlah dari Zionis atau anti-Christ.

Bukanlah Lady Gaga, Led Zeppelin mahupun CIA dan Israel.

Itu dulu.

Tapi aku percaya sekarang.

Juga sekarang.

Kerana aku percaya, bukanlah sebabnya ditekan ke bawah hingga terperosok menjadi rahsia.

Menjadi rahsia, lantas diguna sebagai alasan pemangkin pergerakan bidaah.

Itu hanya alasan puak religi mencari pengaruh untuk mencengkam.

Mencari alasan.

Bangkit menakutkan kaum marhaen, lalu untung sendiri.

Aku percaya pada Galileo yang menolak para Penatua, Biskop dan Paus, kerana buminya berputar pada paksi sekitar matahari.

Kerana percayanya bukanlah dunia yang di atasnya syurga dan di bawahnya neraka.

Aku percaya pada Martin Luther yang membantah teologi gereja yang menyandarkan pada indulgensia dan mengabaikan pengakuan dosa dan taubat sejati.

Kerana percayanya dalil mengutuk keserakahan dan keduniawian di dalamnya, dianggap penyimpangan.

Aku percaya pada Descartes yang merevolusikan kemodenan dan agama, membebaskan kemanusiaan dari pendedahan dan doktrin gereja semata.

Kerana percayanya pemikiran itu membawa pada antroposentrisme dan subjektivisme.

Aku percaya, si bijak pandai yang lebih masanya beragama dari agamawan.

Kerana percayanya mereka pada seleweng si alim membawa pada kebenaran saintifik.

Kebenaran yang diwarna gelap bagi menutup salah mereka yang harinya membaca kitab suci.

Membaca, bukan memahami.

Memahami, bukan mufasir.

Mufasir, bukan mengamal.

Mengamal, bukan menyoal.

Memilih hanya yang sesuai dengan diri, yang sedap didengar, yang mudah diamal.

Sekarang tertanya, kenapa Illuminati?

Dan ya, aku bercakap mengenai sekarang, juga guna ini sebagai contoh.

Jika kau faham, bagus.

Sarkastik, aku tahu.


PENAFIAN 1: Jika berkata aku sudah tersasar dari iman, sini aku ingatkan. Aku percaya pada perjuangannya, bukan pada tauhidnya.

PENAFIAN 2: Jika masih tak faham, sini aku jelaskan. Ya, aku masih Muslim, percaya Dia adalah Satu, dan Muhammad itu utusan.




Assalamu'alaikum wbt.


Dulu Meranti, kini Teratak Bestari.