Bismillah
| Kerna pelangi terindah adalah tika kau temani aku masa kita bosan duduk termangu. |
Angin.
Atau bayu?
Ah,
kisahkan.
“Pelangi
itu satu, dari putih. Dan sedikit hitam. Bersatu warna kerana harmoni, bukan
cantiknya warna asing.”
Panggil dia
gila.
Panggil dia
gila kerana satu kegilaan yang hanya gila dimata orang.
Gila!
Panggil dia
gila kerana satu rasa yang hanya bisa dia yang rasa.
Lagi, gila!
Kegilaan yang
buatkan dia lebih cinta pada hidup sendiri.
“Aku suka
bila aku warnakan pelangi. Lagi. Diulang. Walau tak pudar. Walau semakin tak
sempat aku mengingatmu.”
Banyak benar
yang padaku salah.
Dan banyak
salah yang padaku benar.
Dan banyak
bibir mengukir keatas.
Dan banyak
bibir melentur kebawah.
Itu hidup. Asal
kita mahu.
“Satu hari
nanti kita akan mampu melangkah sepanjang pelangi. Aku janji. Biarkan kita
berjalan dengan kaki-kaki kita, walaupun langkah kecil. Biarkan kita usaha.”
Mungkin selama jalan itu diekor mata tanpa
lelah.
Mungkin bukan
selamanya.
Mungkin.
Bila terkedu,
dia bersuara, dia melawan, dia.
Ya, dia.
Bernafas dengan
paru lebih.
Ya, paru
lebih. Masih jua menyeksakan.
Terlalu banyak
disedut, terlalu banyak dihembus.
Terlalu keras
mengepam seluruh tubuh.
Mohon bersendiri.
(Privasi
katanya.)
Aku faham.
Tak, aku
rasa aku faham.
Ya, aku
rasa aku faham.
‘Kerna pelangi terindah adalah tika kau temani aku masa kita bosan duduk termangu. Ya. Pelangi itu. Sempurna. Pelangi paling cantik bagi aku.’
Senyum yang
seperti takkan pernah habis.
Dan semakin
rindukan saat kembali pulang.
Walau pelangi itu, tiada pada kita.
Assalamu'alaikum wbt.
Filem KIL macam gempak. Jom!
No comments:
Post a Comment