Wednesday, March 27, 2013

Lebih Kurang Lebih


Bismillah

| Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran. |
| Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada. |




Berminggu terbengkalai.

Rasa macam bersemangat, tapi bila semester bermula, mula liat.

Sabar.

Ini hanya isi masa senggang. Bukan komitmen.

Komitmen itu amanah.

Amanah itu akan disoal nanti. Bagi kita, amanah kita. Bagi dia, amanah dia.

Tapi tetap, berpegang padanya akan selamat. Inshaa-Allah.

Berpegang, maksudnya menjalankan hak amanah itu.

Banyak perkara perlu dibicara, aku perlu mampu menyaring satu-satu agar cerita tak tersimpang.

Ya.

Supaya aku tahu aku masih betul.

Supaya tidak menjadi dusta.

Supaya tidak menjadi fitnah.

Supaya tidak menjadi hasad.

Dan, tentang hasad.

Mungkin.

Aku mencuba untuk tidak. Itupun kalau kalian tahu kenapa.

Kerana sifatnya hati itu berbolak-balik, pentafsiran bergantung.

Tidak.

Aku mencuba untuk tidak membenci nikmat pada saudaraku.

Aku mencuba untuk tidak membenci bertambah nikmat dari saudaraku.

Aku mencuba untuk tidak membenci kerana nikmat ada pada saudaraku.

Aku mencuba.

Aku akan terus mencuba.

Tapi aku suka jika dapat dikongsi.

Cemburu, barangkali.

Ya, aku manusia. Punya rasa tak pernah cukup.

Tipulah kalian tak sama.

Atau kalian mungkin insan istimewa, sempurna. Makanya tak rasa semua.

Ghibtah.

Aku suka kebaikan itu padanya.

Aku suka kebaikan itu kekal padanya.

Tapi aku mahu juga kebaikan itu, tanpa dia berkurang sedikit pun.

Aku mahu sama.

Bukan tamak, hanya mahu rasa sedikit lebih bahagia.

Ya, mungkin dia berperasaan sama.

Kerana jalan hidup aku dan dia berbeza.

Mungkin dia mahu rasa jika berada di tempatku.

Atau jika nikmat aku sama dia merasa.

Biasa.

Manusia tak pernah puas.

Aku mahu dekat dengan Dia, seperti aku lihat dia dekat dengan Dia.

Disebaliknya.

Mungkin dia mahu dekat dengan Dia, seperti aku dekat dengan Dia.

Barangkali mungkin.

Cara aku dan cara dia berbeza.

Aku tak mungkin boleh tahu.

Itu rahsia Dia.

Sebab aku manusia biasa, mudah alpa menilai diri sendiri.

Kerap kali terlupa.

Melihat pantulan diri dalam yang lain, makanya sering rasa kurang.

Ya, mungkin perlu sedikit adil pada diri sendiri.

Perlu.

Dan perlu berserah.

Perlu.

‘Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran.’ [a;-‘Asr; 3]

‘Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada.’ [al-Baqarah; 148]

Sebab terkadang kita terlupa, perlu diperingat sentiasa.

Perlu.

Sebab tak sentiasa lebih baik dari lain.

dan sebaliknya.


Assalamu'alaikum wbt.



Aku faham Iqra' itu mahal. Bukan tanda niaga, tapi tanda minda.

No comments:

Post a Comment