Bismillah
| Ramadan ini, izinkan aku menciummu. |
Jaga hati. Buat
aku rasa aku ada walau tak berhak.
Akui. Biar aku
sedar aku masih jiwa.
“Ke mana
tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”
Takut kerana
benar.
Ya, takut
kerana benar.
Aku takut
kerana ia benar.
Komen, “hipotesis
mungkin perlu disemak semula.”
Tak. Tak perlu.
Aku tahu dengan pasti. Sebab ini aku.
Biar aku
putuskan. Sebab ini aku.
Hidup aku. Sebab
aku bukan pengemis di jalanan; mengharap kurnia Tuhan, menunggu ihsan orang.
Itu kata
kau. Aku pegang. Aku cuba pegang.
Hakimi orang
sebaiknya. Sebaik-baiknya.
Dulu pernah
berkata pada semesta, “Tuan, aku wujud.” “Tetapi bukan kewajipan bagiku untuk
menurut,” balas semesta.
Tahniah! Situasinya
tak banyak yang berdiri benar sebagai satu, dan tiada yang lebih masuk akal
dari satu. Yang ini.
Yang ini.
“Kita bukan
bimbang kerana tak cukup, tapi kita bimbang kita lebih hebat dari yang disangka.”
Sebab aku
diajar tak layak, tak mampu, tak perlu, tak sesuai, tak patut.
Walau aku
melawan. Masih. Sudah menjadi rutin.
Hanya untuk aku. Lain jalan ceritanya.
Napoleon Hill,
“Jalan terbaik menghukum orang yang berlaku tidak adil kepada anda adalah
dengan berbuat baik kepadanya.”
Mata berkaca.
Senyum.
“Walau
orang yang paling anda sayang. Walau orang yang paling anda benci.”
Mencuba untuk
tak berkecai.
Sebab aku
takut.
Aku takut
kerana ia benar.
Ramadan ini,
izinkan aku menciummu.
Jika aku masih ada. InshaaAllah.
Assalamu'alaikum wbt.
Jatuh hati pada budak perempuan comel berbaju kurung kapas kuning.
No comments:
Post a Comment