Bismillah…
| Apabila hati
berkata lain, itu yang sebetulnya. | Apabila nafsu berkata lain, itu yang
sebetulnya. |
Terdengar sesuatu
yang baru.
Betapa berbezanya
kita.
Aku percaya.
Percaya
apa yang dikata.
Tolong.
Tolong baca sampai habis, baru nilai.
‘Betapa kuat kita menafikan perbezaan, kita tahu, kita memang berbeza. Apabila hati berkata lain, itu yang sebetulnya. Apabila nafsu berkata lain, itu yang sebetulnya.’
Tolong baca sampai habis, baru nilai.
‘Betapa kuat kita menafikan perbezaan, kita tahu, kita memang berbeza. Apabila hati berkata lain, itu yang sebetulnya. Apabila nafsu berkata lain, itu yang sebetulnya.’
Bingung.
Faham?
‘Apabila
hati berkata yang lain, ‘yang lain’ itu yang betul. Apabila nafsu berkata yang
lain, kita sedang betul.’
Masih tak
faham?
‘Ikut kata
hati, inshaa-Allah akan selamat. Nafi kata nafsu, inshaa-Allah selamat.’
Masih tak
faham?
Ah,
biarkanlah. Tak penting.
Ini boleh
berubah.
Ada dua
versi. Satu yang berlaku sekarang, satu yang terbentuk di masa depan.
Di masa
depan.
Mungkin
ketika kita lagi sedang mandi.
Atau sedang
mengadun tepung buat kuih untuk minum petang.
Atau ketika
ritual sebelum tidur.
Versi yang
kedua, aku lebih suka.
Sebab itu
cara aku.
Menilainya lambat,
kerana aku berfikirnya pun lambat.
Mencuba mencari
logik pada tiap sesuatu.
Ya, hakimi
aku, tapi ingat. Ini cara aku.
Jadi kalau
aku berkeputusan terlalu awal, selalunya aku berakhir dengan penyesalan.
Ya,
terkadang terlalu lambat sehingga berhari-hari.
Mungkin juga
berminggu-minggu.
Menilai mencair
memecah memerah membuka.
Menyusun satu-satu
cerita bak susun suai gambar.
Baru aku
faham.
Atau ada
ketikanya, ia enggan datang.
Walaupun seakan
faham, masih teraba aku dalam kelam.
Huh.
Ya, aku
mengeluh.
Kerna kau
mungkin faham dari detik pertama.
Betapa berbezanya
kita.
Ada ketika
aku faham lain dari kalian.
Ya, kita
kan berbeza.
Sebab kalian
boleh saja kata sebarang, asal jangan aku tahu. Takut aku tersakiti.
Ya, bukan
kata sahaja. Riak muka itu pun sama.
Mungkin bunyinya
penting diri.
Tak, ini
takut namanya.
Aku takut
aku tak kuat.
Tolong aku
ya kawan?
Bila aku
tak faham, atau aku belum faham, atau aku tak mahu faham.
Tolong faham.
Aku tak
seperti kalian.
Malah kalian
tak seperti satu sama lain.
Ya, kita
berbeza.
Bukan hanya
aku dan kalian, tapi kita semua.
Mungkin beratnya
sama, tapi rasa berat itu tak sama.
Berapa lama
ditanggung, pun tidak sama.
Berapa kuat
menanggung, pun tak sama.
Mungkin bagi
kalian, itu sesuatu yang mudah. Mungkin tidak bagi aku.
Begitu juga
sebaliknya.
Rasa nak
lepaskan? Silakan!
Tak, aku
tak marah. Cuma penting diri, sedikit.
Baik,
mungkin banyak.
Terpulang!
Tapi aku
tahu, betapa kita meraikan kesamaan, kita tetap berbeza. Jangan cuba nafikan.
Terkadang
aku pejam mata juga pada hakikat ini.
Aku cuba
sama seperti kalian.
Berbohong? Tipu
diri sendiri? Tidak jujur?
Ini kebiasaan
masyarakat. Bukan hanya Melayu, bukan hanya Malaysia.
Maaf.
Menafikan apa
kita percaya, untuk dipercayai. Sesetengah daripadanya sahaja lah!
Jadi aku
ikut kata hati, inshaa-Allah selamat.
Susah bila tonton filem yang sama, tetapi pendapat berbeza. Fahamnya berbeza.
Habis kalian ingat aku bercerita pasal apa? Aku berkisah aku yang tak faham signifikannya!
Jadi lepas ni beri aku masa andai aku tak faham apa yang kita tonton ya.
Assalamu’alaikum wbt.
Susu kocak dibuat sendiri itu lebih enak jika ditambah kasih sayang. Auwwww~ Manisnya!
No comments:
Post a Comment