Saturday, August 17, 2013

Rasa Sayang. Eh?



Bismillah

| Hati aku untuk cinta. | Hati aku untuk cinta. | Hati aku untuk cinta. |




Selepas aku berjaya membahagiakanmu, biasanya kemudian aku akan bahagia.

Tapi terkadang, aku perlu cinta yang nyata.

Yang bukan hanya terbuai dengan katamu setinggi awan menggapai langit.

Tipu, ya. Aku bahagia begini. Tipu.

Jangan, jangan kau datang dekat. Bahaya.

Kau perlu tahu. Andai kau lagi dekat, aku takkan melepaskanmu.

Kerna aku tak mampu. Niat. Tak pernah. Untuk jatuh cinta.

Baik, tipu.

Ya, aku tak pernah berharap untuk jauh. Mungkin terjadi sebegitu sahaja.

Cinta pandang pertama? Lalu sakitkan aku bila mahunya? Itu yang aku lari daripadanya.

Mungkin, aku hanya takut patah hati?

Atau mungkin, kau hanya perlu meyakinkan aku untuk mencuba?

Mungkin, aku hanya tak mampu? Tak mampu denganmu? Tak mampu untukmu?

Aku ada hati.

Tipulah, tiap manusia itu tiada berhati.

Hati. Maksud aku, hati dalam jasad. Tertanam dalam antara belulang dada.

Tertanam antaranya jantung, perut, peparu dan organ lain. Sama pentingnya.

Tapi kenapa hati?

Hati aku untuk cinta. Hati aku untuk cinta. Hati aku untuk cinta.

Sengaja diulang. Jenaka hanya aku, dan beberapa. Siapa-siapa.

Lagi, kenapa hati?

Betapa sukar membuka bicara, malu yang tercanang. Kata siapa?

Tidak bagiku.Kerana cinta aku tahu aku mahu. Kerana cinta aku tahu aku rindu. Kerana cinta aku tahu aku mampu.

Itu aku lupa.

Hei, aku tak mencari sempurna. Aku tak mencari sempurna, jika itu kau rasa.

Aku tak mencari sempurna, jika itu yang kau fikir.

Aku takut kau sempurna. Aku takut aku sempurna.

Kerna sempurna kita, aku khuatir belum bisa menutup, melengkapi kelemahan yang lain, dengan sempurnanya.

“Tapi, tiada yang aku nampak padamu, aku benci.”

Kau akan. Benci.

Mula berimaginasi. Mula menganggapi. Mula menghakimi.

Mula berasa bosan, dan terperangkap.

Kerana sekarang, itu apa yang aku rasa. Percayalah, kau akan.

Jika dulu aku lihat separuh penuh. Kini aku lihat penuh.

Penuh kerna separuh yang dulunya kosong, aku nampak ruang.

Ruang kosong. Itu penuh.

Ah, kelirukan aku dengan kata-kataku sendiri. Kata-kata cintaku sendiri.

Masih mampu jatuh dengan riang? Aku mampu. Kerna aku mampu.

Dan kita akan masih tetap saling bertemu, bersapa dan jatuh cinta.

Percayalah. Ia tak semudah itu. Mungkin tidak bagi aku.

Sulit aku untuk jatuh cinta. Tapi padanya tiap kali aku jatuh cinta, aku akan jatuh dengan kesungguhan yang tak terbayangkan.

Jadi, jangan permainkan aku.

Dan aku menulis ini, tika semalam masih lagi mencintaimu.

Aku? Jangan risau. Masih. Kerna semalam itu bukan aku.

Aku menemanimu, sahabat. Aku tahu, Dia menjagamu untukku.




Assalamu'alaikum wbt.


Minum teh Inggeris, dengan set cawan rekaan Inggeris, sambil tengok drama bahasa Inggeris.

Sunday, August 4, 2013

Hati Pra-Rasa



Bismillah

| bahawa Aku adalah dekat. | Menangis lagi. |




Rungutku dalam tangis, "Allah tak adil."

Dia menjawab, "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." (al-Baqarah, 286)

Tapi, aku persoalkan lagi, "di mana Dia bila aku perlukan-Nya?"

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah: 186)

"Masih, tak sayangkah Dia pada aku? Tak cukupkah lagi?" Lagi aku bertanya.

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (al-Naml, 72)

"Tapi..."

Dia menjawab lagi, "..... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." (al-Baqarah, 216)

Khali.


Menangis lagi.




Assalamu'alaikum wbt.


Cuti tak produktif, menambah berat badan. Itu wajib!