Friday, June 28, 2013

Kisah Doa Aku



Bismillah

| Ya Allah, Kau berikan yang terbaik untukku | Ya Allah, Kau redhakan yang terbaik untukku |




Kadang-kadang aku rasa aku terlalu banyak meminta, memohon, mengharap, menagih dari Dia. Sujud aku semua berhajat. Sujud aku semua bersyarat. Agar Dia kabulkan segala. Itu mahuku. Itu inginku.

Tidak pada satu tahap, aku sudah lelah. Aku sudah letih untuk meminta-minta lagi. Tiba masa aku berhenti.

Bukan mengagung diri. Tapi aku malu, malu akan diriku yang maksiat.

Aku masih ada Dia dalam hati. Dia yang membuatkan aku untuk wujudkan Dia dalam hati.

(Aku rasa penafian diatas perlu. Takut nanti ada kata aku kufur.)

Doa aku sekarang bukan lagi untuk berjaya, bukan lagi untuk gembira, bukan lagi untuk sempurna.

Malu akan diriku yang hanya menerima tidak memberi. Malu akan diriku yang tak tahu malu.

Doa aku mudah. Doa aku ringkas. Doa aku pendek.

‘Ya Allah, Kau berikan yang terbaik untukku.’

‘Ya Allah, Kau redhakan yang terbaik untukku.’

Bukan malas, tapi aku rasa itu aku sebagai hamba. Terlalu meminta, aku rasa selesa kerana caranya mudah.

Itu bukan cara hamba.

Aku ibarat dedaun semalu tersentuh. Mudahnya tertutup. Tersalah raba, terguris. Lemah, tapi utuh memegang erat pada bumi, tetap pada daunnya.


Tak mengapa, jangan risau. Semalu, biar kembang semula.




Assalamu'alaikum wbt.


Meneliti jiwa-jiwa mereka untuk dilabel dan disimpan rapi.