Bismillah
| Hati aku untuk cinta. | Hati aku untuk cinta. | Hati aku untuk cinta. |
Selepas aku
berjaya membahagiakanmu, biasanya kemudian aku akan bahagia.
Tapi terkadang,
aku perlu cinta yang nyata.
Yang bukan
hanya terbuai dengan katamu setinggi awan menggapai langit.
Tipu, ya. Aku
bahagia begini. Tipu.
Jangan,
jangan kau datang dekat. Bahaya.
Kau perlu
tahu. Andai kau lagi dekat, aku takkan melepaskanmu.
Kerna aku
tak mampu. Niat. Tak pernah. Untuk jatuh cinta.
Baik, tipu.
Ya, aku tak
pernah berharap untuk jauh. Mungkin terjadi sebegitu sahaja.
Cinta pandang
pertama? Lalu sakitkan aku bila mahunya? Itu yang aku lari daripadanya.
Mungkin,
aku hanya takut patah hati?
Atau mungkin,
kau hanya perlu meyakinkan aku untuk mencuba?
Mungkin,
aku hanya tak mampu? Tak mampu denganmu? Tak mampu untukmu?
Aku ada
hati.
Tipulah,
tiap manusia itu tiada berhati.
Hati. Maksud
aku, hati dalam jasad. Tertanam dalam antara belulang dada.
Tertanam antaranya
jantung, perut, peparu dan organ lain. Sama pentingnya.
Tapi kenapa
hati?
Hati aku
untuk cinta. Hati aku untuk cinta. Hati aku untuk cinta.
Sengaja diulang.
Jenaka hanya aku, dan beberapa. Siapa-siapa.
Lagi,
kenapa hati?
Betapa sukar
membuka bicara, malu yang tercanang. Kata siapa?
Tidak
bagiku.Kerana cinta aku tahu aku mahu. Kerana cinta aku tahu aku rindu. Kerana cinta
aku tahu aku mampu.
Itu aku
lupa.
Hei, aku
tak mencari sempurna. Aku tak mencari sempurna, jika itu kau rasa.
Aku tak
mencari sempurna, jika itu yang kau fikir.
Aku takut
kau sempurna. Aku takut aku sempurna.
Kerna sempurna
kita, aku khuatir belum bisa menutup, melengkapi kelemahan yang lain, dengan sempurnanya.
“Tapi,
tiada yang aku nampak padamu, aku benci.”
Kau akan. Benci.
Mula berimaginasi.
Mula menganggapi. Mula menghakimi.
Mula berasa
bosan, dan terperangkap.
Kerana sekarang,
itu apa yang aku rasa. Percayalah, kau akan.
Jika dulu
aku lihat separuh penuh. Kini aku lihat penuh.
Penuh kerna
separuh yang dulunya kosong, aku nampak ruang.
Ruang kosong.
Itu penuh.
Ah,
kelirukan aku dengan kata-kataku sendiri. Kata-kata cintaku sendiri.
Masih mampu
jatuh dengan riang? Aku mampu. Kerna aku mampu.
Dan kita
akan masih tetap saling bertemu, bersapa dan jatuh cinta.
Percayalah.
Ia tak semudah itu. Mungkin tidak bagi aku.
Sulit aku
untuk jatuh cinta. Tapi padanya tiap kali aku jatuh cinta, aku akan jatuh
dengan kesungguhan yang tak terbayangkan.
Jadi,
jangan permainkan aku.
Dan aku menulis
ini, tika semalam masih lagi mencintaimu.
Aku? Jangan
risau. Masih. Kerna semalam itu bukan aku.
Aku menemanimu,
sahabat. Aku tahu, Dia menjagamu untukku.
Assalamu'alaikum wbt.
Minum teh Inggeris, dengan set cawan rekaan Inggeris, sambil tengok drama bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment