Wednesday, March 27, 2013

Lebih Kurang Lebih


Bismillah

| Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran. |
| Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada. |




Berminggu terbengkalai.

Rasa macam bersemangat, tapi bila semester bermula, mula liat.

Sabar.

Ini hanya isi masa senggang. Bukan komitmen.

Komitmen itu amanah.

Amanah itu akan disoal nanti. Bagi kita, amanah kita. Bagi dia, amanah dia.

Tapi tetap, berpegang padanya akan selamat. Inshaa-Allah.

Berpegang, maksudnya menjalankan hak amanah itu.

Banyak perkara perlu dibicara, aku perlu mampu menyaring satu-satu agar cerita tak tersimpang.

Ya.

Supaya aku tahu aku masih betul.

Supaya tidak menjadi dusta.

Supaya tidak menjadi fitnah.

Supaya tidak menjadi hasad.

Dan, tentang hasad.

Mungkin.

Aku mencuba untuk tidak. Itupun kalau kalian tahu kenapa.

Kerana sifatnya hati itu berbolak-balik, pentafsiran bergantung.

Tidak.

Aku mencuba untuk tidak membenci nikmat pada saudaraku.

Aku mencuba untuk tidak membenci bertambah nikmat dari saudaraku.

Aku mencuba untuk tidak membenci kerana nikmat ada pada saudaraku.

Aku mencuba.

Aku akan terus mencuba.

Tapi aku suka jika dapat dikongsi.

Cemburu, barangkali.

Ya, aku manusia. Punya rasa tak pernah cukup.

Tipulah kalian tak sama.

Atau kalian mungkin insan istimewa, sempurna. Makanya tak rasa semua.

Ghibtah.

Aku suka kebaikan itu padanya.

Aku suka kebaikan itu kekal padanya.

Tapi aku mahu juga kebaikan itu, tanpa dia berkurang sedikit pun.

Aku mahu sama.

Bukan tamak, hanya mahu rasa sedikit lebih bahagia.

Ya, mungkin dia berperasaan sama.

Kerana jalan hidup aku dan dia berbeza.

Mungkin dia mahu rasa jika berada di tempatku.

Atau jika nikmat aku sama dia merasa.

Biasa.

Manusia tak pernah puas.

Aku mahu dekat dengan Dia, seperti aku lihat dia dekat dengan Dia.

Disebaliknya.

Mungkin dia mahu dekat dengan Dia, seperti aku dekat dengan Dia.

Barangkali mungkin.

Cara aku dan cara dia berbeza.

Aku tak mungkin boleh tahu.

Itu rahsia Dia.

Sebab aku manusia biasa, mudah alpa menilai diri sendiri.

Kerap kali terlupa.

Melihat pantulan diri dalam yang lain, makanya sering rasa kurang.

Ya, mungkin perlu sedikit adil pada diri sendiri.

Perlu.

Dan perlu berserah.

Perlu.

‘Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran.’ [a;-‘Asr; 3]

‘Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada.’ [al-Baqarah; 148]

Sebab terkadang kita terlupa, perlu diperingat sentiasa.

Perlu.

Sebab tak sentiasa lebih baik dari lain.

dan sebaliknya.


Assalamu'alaikum wbt.



Aku faham Iqra' itu mahal. Bukan tanda niaga, tapi tanda minda.

Friday, March 1, 2013

Nota Paranoid


Bismillah…

| Apabila hati berkata lain, itu yang sebetulnya. | Apabila nafsu berkata lain, itu yang sebetulnya. |



Terdengar sesuatu yang baru.

Betapa berbezanya kita.

Aku percaya.

Percaya apa yang dikata.

Tolong.

Tolong baca sampai habis, baru nilai.

‘Betapa kuat kita menafikan perbezaan, kita tahu, kita memang berbeza. Apabila hati berkata lain, itu yang sebetulnya. Apabila nafsu berkata lain, itu yang sebetulnya.’

Bingung.

Faham?

‘Apabila hati berkata yang lain, ‘yang lain’ itu yang betul. Apabila nafsu berkata yang lain, kita sedang betul.’

Masih tak faham?

‘Ikut kata hati, inshaa-Allah akan selamat. Nafi kata nafsu, inshaa-Allah selamat.’

Masih tak faham?

Ah, biarkanlah. Tak penting.

Ini boleh berubah.

Ada dua versi. Satu yang berlaku sekarang, satu yang terbentuk di masa depan.

Di masa depan.

Mungkin ketika kita lagi sedang mandi.

Atau sedang mengadun tepung buat kuih untuk minum petang.

Atau ketika ritual sebelum tidur.

Versi yang kedua, aku lebih suka.

Sebab itu cara aku.

Menilainya lambat, kerana aku berfikirnya pun lambat.

Mencuba mencari logik pada tiap sesuatu.

Ya, hakimi aku, tapi ingat. Ini cara aku.

Jadi kalau aku berkeputusan terlalu awal, selalunya aku berakhir dengan penyesalan.

Ya, terkadang terlalu lambat sehingga berhari-hari.

Mungkin juga berminggu-minggu.

Menilai mencair memecah memerah membuka.

Menyusun satu-satu cerita bak susun suai gambar.

Baru aku faham.

Atau ada ketikanya, ia enggan datang.

Walaupun seakan faham, masih teraba aku dalam kelam.

Huh.

Ya, aku mengeluh.

Kerna kau mungkin faham dari detik pertama.

Betapa berbezanya kita.

Ada ketika aku faham lain dari kalian.

Ya, kita kan berbeza.

Sebab kalian boleh saja kata sebarang, asal jangan aku tahu. Takut aku tersakiti.

Ya, bukan kata sahaja. Riak muka itu pun sama.

Mungkin bunyinya penting diri.

Tak, ini takut namanya.

Aku takut aku tak kuat.

Tolong aku ya kawan?

Bila aku tak faham, atau aku belum faham, atau aku tak mahu faham.

Tolong faham.

Aku tak seperti kalian.

Malah kalian tak seperti satu sama lain.

Ya, kita berbeza.

Bukan hanya aku dan kalian, tapi kita semua.

Mungkin beratnya sama, tapi rasa berat itu tak sama.

Berapa lama ditanggung, pun tidak sama.

Berapa kuat menanggung, pun tak sama.

Mungkin bagi kalian, itu sesuatu yang mudah. Mungkin tidak bagi aku.

Begitu juga sebaliknya.

Rasa nak lepaskan? Silakan!

Tak, aku tak marah. Cuma penting diri, sedikit.

Baik, mungkin banyak.

Terpulang!

Tapi aku tahu, betapa kita meraikan kesamaan, kita tetap berbeza. Jangan cuba nafikan.

Terkadang aku pejam mata juga pada hakikat ini.

Aku cuba sama seperti kalian.

Berbohong? Tipu diri sendiri? Tidak jujur?

Ini kebiasaan masyarakat. Bukan hanya Melayu, bukan hanya Malaysia.

Maaf.

Menafikan apa kita percaya, untuk dipercayai. Sesetengah daripadanya sahaja lah!

Jadi aku ikut kata hati, inshaa-Allah selamat.

Susah bila tonton filem yang sama, tetapi pendapat berbeza. Fahamnya berbeza.

Habis kalian ingat aku bercerita pasal apa? Aku berkisah aku yang tak faham signifikannya!

Jadi lepas ni beri aku masa andai aku tak faham apa yang kita tonton ya.


Assalamu’alaikum wbt.




Susu kocak dibuat sendiri itu lebih enak jika ditambah kasih sayang. Auwwww~ Manisnya!