Wednesday, February 19, 2014

Tiket Kasorga


Bismillah

| Aku ada Tuhan. | Dia. | Yang Satu. | Yang Esa. | Maha Segala. |



Tahniah!

Tahniah kerana berjaya menjadikan syurga itu persendirian dan eksklusif.

Tiket syurga disimpan untuk kau sahaja.

Hipokrasinya.

Ditekan mata-mata prejudis dunia, penat.

Aku selalu lihat mereka berkata benci, namun turut sama perlakuannya.

Aku selalu lihat mereka senyum sinis, namun turut serta perbuatannya.

Yang penting diri, berkhutbah dari hanya pengalaman diri.

Terkadang, orang yang iman senipis kulit bawang itu lebih mencabar agamaku dari mereka yang penuh ibadah.

Kerana iman yang mereka percaya tidak pernah menghakimi.

Dan kurangnya iman, mereka lebih mudah mendengar dan menghargai.

Kerana mereka tak penting diri.

Tidakkah pelik, kalian rasa?

Tika yang lelah mencuba merangkak ke jalan Pencipta ditekan hingga terperosok dalam tanah.

Nasihat aku, jangan haloba nak simpan semua.

Tika seorang pengamal agama sempurna, bayang tiket syurga bertera emas miliknya.

Tika seorang lagi pemaksiat tegar, bisa bahang neraka terpercik menikam kulitnya.

Dan terlalu marah si pendoa pada pendosa, lalu menjatuh hukum ahli Jahannam.

Lalu dihantar Izrail dicabut keduanya nyawa dari badan.

Nanti diberaturkan kedua pendosa dan pendoa di hadapanNya.

Dikatakan pada pertama: ‘Sejahteralah kau di syurga atas rahmat belasKu.’

Ditanyakan pada kedua: ‘Apa kau mampu lakukan yang sama?’

Geleng.

Maka langsung dibawa yang kedua dalam nerakaNya.

rahmatNya, tiada kau boleh hadkan padanya pada sesiapa.

Kerana itu hakNya.

Mudah berfatwa, si polan itu syurga dan si polan itu neraka.

Sedang diri sendiri belum tentu warga jannah.

Aku ada Tuhan.

Dia.

Yang Satu.

Yang Esa.

Maha Segala.

Pelbagai nama aku beri, tetap Dia.

Aku percaya, tak perlu eksklusif.

FirmanNya padaku tiap saat.

Kataku padaNya tiap hari.

Bukan aku suruh berhenti menghakimi.

Tak.

Tak sama sekali.

Malah aku sendiri menghakimi sekeliling.

Cuma, simpan pada sendiri. Pantul pada sendiri.

Apa layak kita bicara ketentuan orang, tika ketentuan sendiri bukan pada kita.

Lupa bersangka baik pada orang.

Ingat, aku cakap ini kerana aku menghakimi.

Kerana aku takut kau, kau dan kau terikut.

Juga aku.

Terikut. Menghakimi.

Syurga neraka bukan hak sesiapa.

Bukan hak sesiapa.

Tapi hak Dia.

Jangan sibukkan dosa orang. Ingat dosa sendiri dulu.

Beringat. Bersangka baik.

Perkongsian yang baik.

Semoga Dia berkati hati-hati kita.

InshaaAllah.


3: 7-9

Seperti selalu.

Kisah dua pemuda diolah dari video ini.

Tolong faham.

Tolong.

Dan beritahu kalau perlu lagi penafian dari aku. Takut lagi terhukum sasar akidah kau, kau dan kau.

Mengeluh.





Assalamu'alaikum wbt.



Kalsium. Kalsium dimana-mana.

Saturday, February 15, 2014

Rasa Cukup



Bismillah

| Belajar dari aku - tidaklah jadikan aku lebih sedikit sempurna dari kau. |




Keutamaan perlu disemak semula.

Rasanya dah cukup, tapi masih kurang.

Rasanyalah.

Ya, rasanyalah.

Keputusan dah keluar.

Keputusan dah dimuktamadkan.

Keputusan dah tetap.

Jujur, aku tak suka.

Aku tahu usaha aku, dan aku pasti lebih.

Masih juga kurang.

Aku tahu lelah aku, dan aku pasti lepas.

Masih juga tergantung.

Aku tahu penat aku, dan aku pasti cukup.

Masih juga tak penuh.

Ya, aku rasa sesak.

Rasa sesak yang tak pernah kurang.

Rasa sesak yang tak pernah mahu kurang.

Biarlah, sekurangnya aku jujur.

Jujur yang tika ini, aku tak ikhlas.

Jujur yang tika ini, aku tak redha.

Jujur yang tika ini, sifat hamba aku kurang.

Lalu diri terpanjat mahu sempurna.

Biarlah, sejujurnya aku masih belajar.

Belajar untuk kasih pada diri.

Belajar untuk kasih pada Dia.

Utamanya, belajar untuk cukup sempurna. Walau tak bisa.

Kerna aku manusia, aku tak nafikan sifat Dia berikan pada aku.

Sifat yang tak pernah rasa cukup.

Biarlah aku jujur.

Bahawa aku tak suka.

Agar kau nampak manifestasi Dia atas kau, kau dan kau – melalui aku.

Kerna rasa tak pernah cukup itu dari Dia.

Aku masih belajar.

Walau aku tak rela.

Walau aku tak ikhlas.

Walau aku tak redha.

Kau. Ya, kau. Bertanya jika kisah aku rela, ikhlas dan redha itu penting?

Kerna aku hanya hamba. Ada sesiapa kisah?

Atau lebih penting, ada Dia kisah?

Malah, itu bukan aku, tapi Dia.

Yang interpretasikan atas aku, supaya kau, kau dan kau nampak kita.

Aku terima rasa ini, interpretasi manifestasi Dia atas aku, supaya kau, kau dan kau belajar.

Belajar dari aku – tidaklah jadikan aku lebih sedikit sempurna dari kau.

Dan aku.

Biar bergelumang rasa ini.

Dia turunkan supaya aku berasa dan belajar.

Malah juga.

Yang kupinta padaNya.

‘Kurniakan yang terbaik untukku.’

‘Redhakan yang terbaik untukku.’

Mungkin aku tak redha, tapi Dia redha.

Mungkin.

Mungkin.

Yakinkan aku.

Yakinkan aku dari ragu ini.

Agar aku terima.

Rela.

Ikhlas.

Redha.

Maaf.


PENAFIAN 1: Sebelum kau, kau dan kau kata aku kufur nikmat, tidak. Aku cuma menjadi manusia yang dalamnya ada kau juga. Rasa tak pernah cukup.

PENAFIAN 2: Jika kau, kau dan kau kata aku terlalu membesar-besarkan, aku ada satu soalan. Apa kau lebih sempurna dari aku, hingga rasa sentiasa cukup segala?




Assalamu'alaikum wbt.


Malam-malam sekarang penuh mimpi aneh.

Thursday, February 6, 2014

Ubah



Bismillah

| Aku hanya mahu keadaan berubah. | Aku hanya mahu mereka berubah. |




Dunia ini sesak.

Dunia ini semak.

Dunia ini serakah.

Tak.

Dunia aku sesak.

Dunia aku semak.

Dunia aku serakah.

Sementara setengahnya aku tak mampu, aku tinggalkan.

Tinggalkan saja.

Walau aku fikir salah.

Walau apa yang aku fikir, salah.

Aku tinggalkan.

Kerna aku tahu tak mudah.

Akan fahamkan aku nanti.

Akan fahami aku nanti.

Walau aku takkan faham, mungkin.

Percaya, yang aku percaya iman.

Aku ada itu, kerna aku percaya.

Beruntung kan?

Kasarnya, aku zalim pada semuanya.

Beruntung kan?

Atau zalim?

Selalu bila mereka mula berkata.

Selalu bila aku mula terasa, aku selinap dalam selimut tebal aku.

Aku baca, aku baca dan aku baca lagi.

Aku baca dan harap berubah pada tiap kalinya.

Aku baca tiap kalinya dengan mata berkaca.

Aku terus baca agar jadi tak sepertinya.

Buatkan aku fikir, bila aku keluar, aku tak berubah.

Buatkan aku harap, bila aku keluar, aku tak berubah.

Aku tak perlu berubah.

Aku tak mahu berubah.

Aku cuma mahu apa yang di luar berubah.

Aku cuma mahu keadaan berubah.

Aku cuma mahu mereka berubah.

Diulang, diulang dan diulang lagi.

Hingga lelah. Tanpa berhenti berharap.

Kemudian aku keluar.

Lihat keliling. Rasa keliling.

Lain.

Sebaliknya, situasi masih sama. Aku yang berubah.

Aku tak boleh kecuali berubah.

Aku tak boleh kecuali terpaksa berubah.

Berubah untuk penuhi semua.

Berubah untuk tenangkan semua.

Namun aku masih berharap.

Berharap bila aku keluar dari selimut tebal aku, lepas basah mata, aku tak perlu berubah.

Aku tak mahu berubah.

Aku cuma mahu yang di luar itu berubah.

Aku masih berharap yang di luar itu berubah.

Ya.

Aku masih berharap yang di luar itu berubah.

Aku, selaginya bertahan, masih aku. Walau tak mahu.

Aku, selaginya berubah, masih aku. Walau tak perlu.

Aku, selaginya berupaya, masih aku. Walau tak mampu.




Assalamu'alaikum wbt.


Pengambilan kafein harian berjaya dikurangkan. Pencapaian!