| terlampau suka, terlalu percaya. alpa. | senyum; sebab syukur itu mahal.
|
| tawadu'; asal redha itu sukar. | jujur; kerana ikhlas itu payah. |
| tawadu'; asal redha itu sukar. | jujur; kerana ikhlas itu payah. |
Selepas beberapa lama terbiar, akhirnya terdetik di hati mencoretkan
sedikit rasa disini. Sibuk mewarna hidup, melorek beberapa rona dan corak
cerah, menenun meragi mengadun ragam di antara kaki lima hidup.
Baru satu. Entah ini satu yang keberapa.
Tak kisah.
Ah, betapa murahnya aku letak harga cerita aku ini!
Sengaja aku padam entri lampau. Biar ini jadi garis mula yang baru.
Tak kisah.
Ah, betapa murahnya aku letak harga cerita aku ini!
Sengaja aku padam entri lampau. Biar ini jadi garis mula yang baru.
Selepas lebih setahun.
Biarlah. Ada aku kisah orang singgah, kerana itu bukan tujuan aku
bercerita. Aku bercerita untuk kepuasan diri. Asal aku tahu aku gembira. Lagipula,
penulis picisan seperti aku, bukanlah layak mengarang naskhah yang diangkat
sebagai sebuah epik, roman kodian barangkali mungkin boleh.
Persetankan mereka semua. Mereka tak mengerti.
Maaf.
Bukan marah. Cuma kenyataannya, mereka memang tak mengerti. Kerana aku
tertutup untuk aku. Untuk aku sahaja.
Maaf.
Terkadang terkesan di hati. Tipulah kalau setiap masa keras persis batu.
Lagikan batu terkikir air. Tapi kita batu berbeza. Kau mungkin batu kerikil. Dan
kau, mungkin kau pula batu sungai.
Maaf, lagi.
Kita berbeza. Sengaja aku tekankan.
Cuba tanya dulu: apa aku dapat terima? ‘Aku’ maksudnya aku, bukan
kalian. Kerna mungkin kalian dapat terima. Terima kasih atas ingatan. Tapi terkadang
menyinggung juga. Ya, kita berbeza.
Cuba tanya dulu: apa aku tak pernah terfikirkan itu? ‘Itu’ apa sahaja
yang kalian mahu aku fikirkan. Kerna mungkin aku tak faham. Atau mungkin aku
salah faham. Kalian ada cara kalian, aku juga. Ya, kita berbeza.
Cuba tanya dulu: apa aku jujur bila aku kata baik-baik semuanya? Maaf. Sudah
terbiasa menjadi Melayu, maka semuanya harus berlapik. Cara aku norma aku. Mungkin
destruktif. Mungkin. Ya, kita berbeza.
Separuh jiwaku pergi.
Sampah!
Seluruh jiwaku masih ada. Cuma berat timbangan berkurang aku rasa, mungkin.
Jiwa yang sebahagian penuh, belum mampu aku penuhkan. Menjadi alasan kecewa
seorang itu, tak pernah seadanya untuk aku. Menjadi alasan jatuhnya seorang
itu, tak pernah samanya bagi aku. Sebab lagi, kita berbeza.
Faham atau tak, buat-buat faham.
Maaf.
Kalau aku tak terima sekarang, mungkin aku perlu masa. Kalau aku tak
faham sekarang, mungkin aku perlu masa. Kalau aku tak dengar sekarang, mungkin
aku perlu masa. Masa untuk aku suap satu-satu, kunyah satu-satu, telan
satu-satu, hadam satu-satu, dan keluarkan satu-satu. Hasilnya, mungkin aku
perlu masa.
Aku mungkin kolot, jumud, cetek, tradisional, kekampungan, mundur, kuno,
konservatif, purba, ortodoks, kaku, beku, lama. Mungkin. Ya, kita berbeza.
Sampai detik ini, masih tak mampu dimengerti. Ada beberapa perkara tak
terjelaskan oleh ‘Maaf,’ ‘Terima Kasih’ dan ‘Tolong.’ Ya, mungkin sahaja lagi,
kerana kita berbeza.
Assalamu'alaikum wbt.
Kelakar. Apabila disuruh memilih antara agar-agar atau jell-O. Duanya
gelatin dessert.
No comments:
Post a Comment