Bismillah…
| Adillah
pada diri sendiri. | Berikan haknya. | Jika mahu adil pada yang lain, adillah
dulu pada diri sendiri. |
| Jangan alpa, jangan abai, jangan sisih diri untuk
yang lain. | Itu bukan berkorban, itu bodoh. |
Sekarang
lagi dalam misi membawa diri.
Secara harfiahnya, membawa diri pergi mengisi
sebahagian yang kurang dari diri ini. Secara harfiahnya cuba mencari untuk
menerangkan dan mentakrifkan diri sendiri dan bukan suatu yang mungkin
diwakili. Secara harfiah mencari yang hakiki, bukan rujukan diri atau sebarang
pemboleh ubah.
Secara
harfiahnya mencari maknanya yang tersirat dari tersurat yang sukar difahami
secara mudah dan jelas.
Aku mencari
pemalar.
Ya,
pemalar.
Pemalar
yang tak dimanipulasi.
Bertindak balas.
Sebab aku
tahu, aku tak adil. Dalam bertanya pada kalian, aku lupa bertanya pada diri
sendiri. Dalam meletakkan sebab dan punca pada kalian, aku lupa masukkan diri
sendiri.
Refleks.
Pantulan cermin.
Ketika soal
aku tujukan pada sendiri, aku dapat lihat pantulan kalian. Terdiam aku membisu,
lama aku membatu mencuba mencari alasan untuk aku melepaskan diri.
Fitrah.
Meletakkan kesalahan pada orang itu mudah. Meletakkan diri setanding malaikat
pun mudah.
Ah, betapa
aku terlupa mudahnya aku berlaku sedemikian. Betapa aku terlupa mudahnya aku
berperangai lain kerana merasakan aku lain dan kalian juga lain.
Kerana
betapa aku terlupa mungkin sahaja aku sama seperti sebahagian dari kamu. Kerana
betapa selama ini aku berpura-pura mengenali diri sendiri, berpura-pura
mengenali orang lain. Sebab soal itu rumit sekali.
Dan dalam
kembara itu kutemukan sebahagian dari jiwaku yang meringan hingga senget
timbangannya.
Bahawa aku
tak pernah kosong. Aku sentiasa terisi, Cuma bahagian yang terisi itu terhijab
oleh rasa aku sendiri yang tidak pernah mencuba untuk melihat. Lalu aku berlaku
zalim pada setiapnya. Kerana menghakimi tanpa aku mengetahui.
Berat
sebelah.
Dan dalam
kembara itu membuka mata hati aku melihat ke ruang jiwa aku yang selama ini
kusangka kosong.
Lalu dibawa bersama cita lemas dalam pelukan rasa yang membuak.
Lalu dibawa bersama cita lemas dalam pelukan rasa yang membuak.
Maaf. Ada
perkara yang aku belum bersedia. Biarkan. Biarkan aku tersenyum. Walau palsu.
Biarkan.
Dan dalam
kembara itu juga membawa aku pada beberapa insan yang aku tak pernah tahu
wujudnya. Yang membuka mata hati aku melihat kedalam jiwa mereka. Kerana
pengalaman seseorang itu hanya boleh ditafsir andai kita turut mengalaminya.
Dan
akhirnya, menghakimi orang lain itu bukanlah salah, Cuma biarlah bertempat.
Terima
kasih.
Dan dalam
kembara itu juga aku terkesan dengan murahnya hidup kita. Murah, bukan pada
material. Murah pada nilai. Bukan bermaksud boleh dibeli dengan harta, tetapi
betapa mudah diberi.
Tidak. Ini
bukan negatif. Bahkan positif.
Mereka yang
asing, amat murah menghulur. Terasa keluarga. Malah lebih keluarga dari yang
sedia.
Lebih keluarga.
Dan dalam
kembara itu juga aku belajar. Biar pentingkan diri sendiri. Bukan untuk kita,
tapi untuk yang lain. Penuhkan kocek sendiri, lengkapkan diri sendiri, isikan
perut sendiri, pandang hanya diri sendiri. Itu maksud adil.
Mana
mungkin adil?
‘Adillah
pada diri sendiri. Berikan haknya. Jika mahu adil pada yang lain, adillah dulu
pada diri sendiri. Jangan alpa, jangan abai, jangan sisih diri untuk yang lain.
Itu bukan berkorban, itu bodoh. ’
Tersentak.
Mana
mungkin bodoh?
‘Kerana kau
ada hak yang perlu ditunaikan. Bagaimana mahu adil pada orang andai pada
sendiri zalim? ’
Skeptik.
Biarkan
mereka. Mereka ada hak, dan kita ada hak juga. Mereka melihat melalui mata
mereka, proses dengan minda mereka. Kita melihat dengan mata kita, rasa dengan
hati dan naluri kita. Takkan sama.
Dan aku
tahu, tak mungkin aku dapat puaskan mereka. Diri sendiri pun belum mampu aku
puaskan.
Ah,
persetankan.
Aku rasa
aku jumpa pemalar itu. Walau rasanya tak berapa tetap.
Maaf, aku
tak pasti.
Assalamu’alaikum
wbt.
‘Koc
Wanita’ hanya untuk wanita sahaja. *pandangan serong*
No comments:
Post a Comment