Wednesday, February 19, 2014

Tiket Kasorga


Bismillah

| Aku ada Tuhan. | Dia. | Yang Satu. | Yang Esa. | Maha Segala. |



Tahniah!

Tahniah kerana berjaya menjadikan syurga itu persendirian dan eksklusif.

Tiket syurga disimpan untuk kau sahaja.

Hipokrasinya.

Ditekan mata-mata prejudis dunia, penat.

Aku selalu lihat mereka berkata benci, namun turut sama perlakuannya.

Aku selalu lihat mereka senyum sinis, namun turut serta perbuatannya.

Yang penting diri, berkhutbah dari hanya pengalaman diri.

Terkadang, orang yang iman senipis kulit bawang itu lebih mencabar agamaku dari mereka yang penuh ibadah.

Kerana iman yang mereka percaya tidak pernah menghakimi.

Dan kurangnya iman, mereka lebih mudah mendengar dan menghargai.

Kerana mereka tak penting diri.

Tidakkah pelik, kalian rasa?

Tika yang lelah mencuba merangkak ke jalan Pencipta ditekan hingga terperosok dalam tanah.

Nasihat aku, jangan haloba nak simpan semua.

Tika seorang pengamal agama sempurna, bayang tiket syurga bertera emas miliknya.

Tika seorang lagi pemaksiat tegar, bisa bahang neraka terpercik menikam kulitnya.

Dan terlalu marah si pendoa pada pendosa, lalu menjatuh hukum ahli Jahannam.

Lalu dihantar Izrail dicabut keduanya nyawa dari badan.

Nanti diberaturkan kedua pendosa dan pendoa di hadapanNya.

Dikatakan pada pertama: ‘Sejahteralah kau di syurga atas rahmat belasKu.’

Ditanyakan pada kedua: ‘Apa kau mampu lakukan yang sama?’

Geleng.

Maka langsung dibawa yang kedua dalam nerakaNya.

rahmatNya, tiada kau boleh hadkan padanya pada sesiapa.

Kerana itu hakNya.

Mudah berfatwa, si polan itu syurga dan si polan itu neraka.

Sedang diri sendiri belum tentu warga jannah.

Aku ada Tuhan.

Dia.

Yang Satu.

Yang Esa.

Maha Segala.

Pelbagai nama aku beri, tetap Dia.

Aku percaya, tak perlu eksklusif.

FirmanNya padaku tiap saat.

Kataku padaNya tiap hari.

Bukan aku suruh berhenti menghakimi.

Tak.

Tak sama sekali.

Malah aku sendiri menghakimi sekeliling.

Cuma, simpan pada sendiri. Pantul pada sendiri.

Apa layak kita bicara ketentuan orang, tika ketentuan sendiri bukan pada kita.

Lupa bersangka baik pada orang.

Ingat, aku cakap ini kerana aku menghakimi.

Kerana aku takut kau, kau dan kau terikut.

Juga aku.

Terikut. Menghakimi.

Syurga neraka bukan hak sesiapa.

Bukan hak sesiapa.

Tapi hak Dia.

Jangan sibukkan dosa orang. Ingat dosa sendiri dulu.

Beringat. Bersangka baik.

Perkongsian yang baik.

Semoga Dia berkati hati-hati kita.

InshaaAllah.


3: 7-9

Seperti selalu.

Kisah dua pemuda diolah dari video ini.

Tolong faham.

Tolong.

Dan beritahu kalau perlu lagi penafian dari aku. Takut lagi terhukum sasar akidah kau, kau dan kau.

Mengeluh.





Assalamu'alaikum wbt.



Kalsium. Kalsium dimana-mana.

No comments:

Post a Comment