Bismillah
| Belajar dari aku - tidaklah jadikan aku lebih sedikit sempurna dari kau. |
Rasanya dah
cukup, tapi masih kurang.
Rasanyalah.
Ya, rasanyalah.
Keputusan
dah keluar.
Keputusan
dah dimuktamadkan.
Keputusan
dah tetap.
Jujur, aku
tak suka.
Aku tahu
usaha aku, dan aku pasti lebih.
Masih juga
kurang.
Aku tahu
lelah aku, dan aku pasti lepas.
Masih juga
tergantung.
Aku tahu
penat aku, dan aku pasti cukup.
Masih juga
tak penuh.
Ya, aku
rasa sesak.
Rasa sesak
yang tak pernah kurang.
Rasa sesak
yang tak pernah mahu kurang.
Biarlah,
sekurangnya aku jujur.
Jujur yang
tika ini, aku tak ikhlas.
Jujur yang
tika ini, aku tak redha.
Jujur yang
tika ini, sifat hamba aku kurang.
Lalu diri
terpanjat mahu sempurna.
Biarlah,
sejujurnya aku masih belajar.
Belajar
untuk kasih pada diri.
Belajar
untuk kasih pada Dia.
Utamanya, belajar untuk cukup sempurna. Walau tak bisa.
Kerna aku
manusia, aku tak nafikan sifat Dia berikan pada aku.
Sifat yang
tak pernah rasa cukup.
Biarlah aku
jujur.
Bahawa aku
tak suka.
Agar kau
nampak manifestasi Dia atas kau, kau dan kau – melalui aku.
Kerna rasa
tak pernah cukup itu dari Dia.
Aku masih
belajar.
Walau aku
tak rela.
Walau aku
tak ikhlas.
Walau aku
tak redha.
Kau. Ya,
kau. Bertanya jika kisah aku rela, ikhlas dan redha itu penting?
Kerna aku
hanya hamba. Ada sesiapa kisah?
Atau lebih penting, ada Dia kisah?
Malah, itu bukan
aku, tapi Dia.
Yang
interpretasikan atas aku, supaya kau, kau dan kau nampak kita.
Aku terima rasa ini, interpretasi manifestasi Dia atas aku, supaya kau, kau dan kau belajar.
Belajar dari aku – tidaklah jadikan aku lebih sedikit sempurna dari kau.
Dan aku.
Biar
bergelumang rasa ini.
Dia
turunkan supaya aku berasa dan belajar.
Malah juga.
Yang
kupinta padaNya.
‘Kurniakan
yang terbaik untukku.’
‘Redhakan
yang terbaik untukku.’
Mungkin aku
tak redha, tapi Dia redha.
Mungkin.
Mungkin.
Yakinkan
aku.
Yakinkan aku dari ragu ini.
Agar aku terima.
Rela.
Ikhlas.
Redha.
Maaf.
PENAFIAN 1: Sebelum kau, kau dan kau kata aku kufur nikmat, tidak. Aku cuma menjadi manusia yang dalamnya ada kau juga. Rasa tak pernah cukup.
PENAFIAN 2: Jika kau, kau dan kau kata aku terlalu membesar-besarkan, aku ada satu soalan. Apa kau lebih sempurna dari aku, hingga rasa sentiasa cukup segala?
Assalamu'alaikum wbt.
Malam-malam sekarang penuh mimpi aneh.
aku baru je ada mimpi sedih tadi,huhuhu
ReplyDelete& jangan risau lah, semua org mungkin pernah mengalami apa yang ko alami. mungkin ada yang akan mengalaminya, kalau ada yang berani nak ngaku diorang tak pernah or takkan hadapi apa yang ko hadapi ni,huu itu xtau nak ckp mcm mane la an,hehe.