Bismillah
| Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran. |
| Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada. |
Berminggu
terbengkalai.
Rasa macam
bersemangat, tapi bila semester bermula, mula liat.
Sabar.
Ini
hanya isi masa senggang. Bukan komitmen.
Komitmen itu
amanah.
Amanah itu
akan disoal nanti. Bagi kita, amanah kita. Bagi dia, amanah dia.
Tapi tetap,
berpegang padanya akan selamat. Inshaa-Allah.
Berpegang,
maksudnya menjalankan hak amanah itu.
Banyak perkara
perlu dibicara, aku perlu mampu menyaring satu-satu agar cerita tak tersimpang.
Ya.
Supaya aku
tahu aku masih betul.
Supaya tidak
menjadi dusta.
Supaya tidak
menjadi fitnah.
Supaya tidak
menjadi hasad.
Dan,
tentang hasad.
Mungkin.
Aku mencuba
untuk tidak. Itupun kalau kalian tahu kenapa.
Kerana sifatnya
hati itu berbolak-balik, pentafsiran bergantung.
Tidak.
Aku mencuba
untuk tidak membenci nikmat pada saudaraku.
Aku mencuba
untuk tidak membenci bertambah nikmat dari saudaraku.
Aku mencuba
untuk tidak membenci kerana nikmat ada pada saudaraku.
Aku mencuba.
Aku akan
terus mencuba.
Tapi aku
suka jika dapat dikongsi.
Cemburu,
barangkali.
Ya, aku
manusia. Punya rasa tak pernah cukup.
Tipulah kalian
tak sama.
Atau kalian
mungkin insan istimewa, sempurna. Makanya tak rasa semua.
Ghibtah.
Aku suka
kebaikan itu padanya.
Aku suka
kebaikan itu kekal padanya.
Tapi aku
mahu juga kebaikan itu, tanpa dia berkurang sedikit pun.
Aku mahu
sama.
Bukan tamak,
hanya mahu rasa sedikit lebih bahagia.
Ya, mungkin
dia berperasaan sama.
Kerana jalan
hidup aku dan dia berbeza.
Mungkin dia
mahu rasa jika berada di tempatku.
Atau jika
nikmat aku sama dia merasa.
Biasa.
Manusia tak
pernah puas.
Aku mahu
dekat dengan Dia, seperti aku lihat dia dekat dengan Dia.
Disebaliknya.
Mungkin dia
mahu dekat dengan Dia, seperti aku dekat dengan Dia.
Barangkali
mungkin.
Cara aku
dan cara dia berbeza.
Aku tak
mungkin boleh tahu.
Itu rahsia
Dia.
Sebab aku
manusia biasa, mudah alpa menilai diri sendiri.
Kerap kali
terlupa.
Melihat pantulan
diri dalam yang lain, makanya sering rasa kurang.
Ya, mungkin
perlu sedikit adil pada diri sendiri.
Perlu.
Dan perlu
berserah.
Perlu.
‘Dan mereka
berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran.’ [a;-‘Asr;
3]
‘Maka
berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada.’
[al-Baqarah; 148]
Sebab terkadang kita terlupa, perlu diperingat sentiasa.
Perlu.
Sebab tak sentiasa lebih baik dari lain.
dan sebaliknya.
Assalamu'alaikum wbt.
Aku faham Iqra' itu mahal. Bukan tanda niaga, tapi tanda minda.