Bismillah
| kepada siapa lagi aku harus memohon yang kemudian memberi aku? |
| kepada siapa lagi aku harus berdoa yang kemudian memperkenankan doaku? |
| kepada siapa lagi aku harus merendahkan diri yang kemudian menyayangi aku? |
Jumaat.
Seperti selalu.
Berbaju Melayu
lengkap. Bersampin songket tenun bersulam emas. Bersongkok baldu hitam.
Terserlah.
Senyum terukir bibir merah. Masih anggun walau tidak berlesung pipit.
Tak sepertinya
sama dengan yang lain.
Sepasang mata menawan. Hidung cantik terletak.
Galak ligat mencari.
Berkulit cerah merah. Bersih bercukur.
Janggut sejemput sunnah. Dirapi kemas.
Manis berkaca mata.
Ungu itu. Bergerak
sesusuk memanjat anak tangga.
Satu. Dengan
sopan.
Dua. Dengan
adab.
Tiga. Dengan
tertib.
Menitis air
sembahyang dari muka. Membentuk tompok di poket sebelah kanan.
Lalu lepas.
Attar menusuk tiap hidu. Mudah pilihannya.
Usai solat
sunat, langsung duduk menunggu masa.
Duduknya bukan
diam. Duduknya penuh zikir. Duduknya penuh puji Yang Esa.
Serlah dari
yang lain. Kerna pakainya pada Jumaat, adalah pakainya sunnah nabi.
Berhias untuk
Dia. Berhias kerna Dia. Berhias bertemu Dia.
Azan dilaung.
Khutbah yang
satu.
‘Pujian
untuk Dia.’
‘Berkatilah
Baginda.’
‘Bertaqwalah
pada Dia!’
Doa.
*Kita tak
bisa menerka isi doa, kerana terlalu personal untuknya.*
Khutbah yang
dua.
Memberi
pesan, patuh pada Yang Satu.
Lalu didoa
pada saudara lain.
Berdiri bertemu
Dia, saf hadapan, rapat belakang imam.
Tiap takbir, ruku', sujud dan duduk adalah ikrar.
Tiap ucap, gerak, niat adalah janji.
Harmoni.
Lantas bangkit
mencari ruang sedikit usai salam.
Niatnya,
solat sunat.
Sujud terakhir,
abdi diri pada Dia.
Mohon hajat,
mohon sungguh-sungguh.
Berdoa seluruh
hati, seluruh jiwa.
Jasad berpadu
roh menyerah pada Dia.
Moga dipermudah
jalan.
‘Wahai Pemegang Hati, wahai Penilai Hati, wahai Pemilik
Hati.’
‘Ilahi, Bagaimana aku berdoa kepada-Mu sementara aku adalah
aku, bagaimana aku putus asa dari-Mu sementara Engkau adalah Engkau.’
‘Ilahi, jika aku tidak memohon kepada-Mu yang kemudian
memberi aku, kepada siapa lagi aku harus memohon yang kemudian memberi aku?’
‘Ilahi, jika aku tidak berdoa kepada-Mu yang kemudian
mengijabah doaku, kepada siapa lagi aku harus berdoa yang kemudian
memperkenankan doaku?’
‘Ilahi, jika aku tidak merendahkan diri kepada-Mu yang
kemudian menyayangi aku, kepada siapa lagi aku harus merendahkan diri yang
kemudian menyayangi aku?’
‘Ilahi, sebagaimana Engkau telah membelah lautan untuk Musa dan Kau selamatkan ia, aku memohon kepada-Mu selawatkan kepada Muhammad dan keluarga, selamatkan aku dari apa yang aku
takutkan, dan bahagiakan aku dengan kebahagiaan yang segera dan tidak
tertunda-tunda dengan kurnia dan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari
segala yang mengasihi.’
doa hujung diolah dari
sini.
Assalamu'alaikum wbt.
Percubaan pertama. Sajak imejan, tema Islami.